Wednesday, June 11, 2014

Engagement ...



Alhamdulilah ...



14/12/13

One step Closer :)


 


 


 

 
 
 Thanks SH , Iloveyou ;)


Sunday, July 21, 2013

Thinking ...

Alhamdulilah... Aku happy dgn life aku skrg...

Bila pepagi buta cmni xleh tdo...baru terpk nak update blog... Padahal dr td dok main game..bukak fb.like sane like sini... Bila tgk fb org tu fb org ni... Nak share one word 'ORANG YG MUDAHnya DAPAT DUIT,TAKKAN MERASA SUSAHNYA NAK CARI DUIT' ... kalau dr ayat aku ni..mcm2 org akan pk kan .. Suka hati laa korg nak pk ape..hahaha...ni pasal budak2 zaman skrg yg senang je dpt duit beli itu ini..bazir duit mak ayah dgn bende ygxpatot .. Tp pada pandangan aku.mungkin tu rezeki korang.. Mane yg muda tu.. Alhamdulilah..rezeki korg...mmg lahir dr golongan yg berada.. Nak itu ini semua dapat sekelip mata.. Tp xsemua laa.. Ade jgk aku tgk.. Nak ape ape..kena berjaya dlm pelajaran..baru dpt..

Alhamdulilah..  aku bangga dgn diri aku skrg.. Aku bukan laa anak org berada.. Family aku.biasa2 je... Pernah merasa susah..pernah merasa senang.. Tapi aku bangga.. Aku bangga sgt.. Dgn kesusahan yg aku pernah rasa.. Aku berdiri diatas kaki aku sndri skrg.. Aku bangga..dgn bantuan dan sokongan dr mereka yg aku syg..alhamdulilahh.. Jadi org laa skrg.. Hehehe.. Mcm2 aku hadap masa susah.. Allah s.w.t je tau perasaan masa tu.. Time stdy..hidup xmewah mcm kwn2 lainnn. Hidup senderhana kan lbh baik.. Xde naik keta p kolej.. P shopping everyweek..xde mkn restoren hari2..zaman skrg..time stdy da pkai kereta..time stdy da pkai hp mahal2.alhamdulilah rezeki korg. Aku..pkai hp biasa je... Yelaa.bukan senang mcm org lainn.. Itu pon da bersyukur.  hidup jauh dr family..kadang2 masak.. Tiap2 bulan duit belanje bukan byk..ckup la byr duit ape yg patot.. Tu pon da alhamdulilah..  bila weekend mana kawan yg balik kg..balik hostel/umah sewa mesti ade bwk makanan.. Da jimaatt..bersyukur...Allah s.w.t hantar kawan2 yg memahami..

Every sem.. Aku Usaha nak dapatkan dekan.. Sebab aku tau...bukan rezeki aku masuk u..masuk kolej swasta.. Tu pon ade suara2 sumbang ckp... Ayat yg biasa dgr laa.. Masuk kolej swasta.nanti susah dapat kerja... Alhamdulilah.. Dgn usaha sndri..aku dekan every sem.  aku bangga dgn diru aku.  sbb..kesusahan bukan penghalang nak berjaya kan... Kerja.sebagai promoter lps habis stdy.sekejap je.. Nak cr duit poket .... Rezeki dtg.bila 2hari lagi nak konvo.. Dpt intiviu..alhamdulilah..after 2minggu..dpt kerja tu.. Aku bangga.. Dgn hasil titk peluh aku skrg.. Dgn diploma teknologi maklumat aku.. Aku jadi seorg programmer.. Pada korg mmg xde pape.. Tp pada aku.. Aku bersyukur sgt..sbb aku dpt kerja dln bidang yg aku belajar..

Alhamdulilah.. Aku bersyukur sgt..diam x diammm.dekat 3 tahun da aku kerja sini... Rindu zaman sekolah..rindu zaman stdy kat kolej... Sbb time susah dulu.. Rasa peritnya nak dpt duit.. Rasa berbaloi sgt.. Skrg da kerja.. Da ade duit sndri..da blh beli itu ini..tp tu pon pk..nak beli sesuatu..pk dulu.. Berbaloi x aku beliiii.. Sbb boleh guna utk benda yg lagi penting.. Bile kita da biasa susah automatikk..kita jd berdikari.. Kita blh kontrol ape keinginan kita... .  Utamakan keperluan dr kehendak. Tu yg aku amalkan sampai skrg.  alhamdulilah..aku bangga...aku bangga dgn life aku skrg.. Terima kasih mak ayah.. Im proud to be your son..your daughter..

Jadi.. Sapa yg xrasa susah dan.xpnh rasa susah..bersyukur la dgn ape yg korg ade... Alhamdulilah... :)

Sunday, July 14, 2013

Alhamdulilah...

Syukur alhamdulilah...

Tak tahu laa knp pepagi rabun terpk kan lagu ni... Mungkin sbb sakit ya amat amat sgt malam td... Alhamdulilah... Da semakin sihat..walaupun xsepenuhnya.n dan alhamdulilah...aku masih bernyawa utk harini... Mungkin salah makan .. Malam td muntah2 terukk.. Lebih 10x. .. nak bangun solat isyak pon xlarat.mengigil lutut..kepala pening... Padahal salah mkn je.. Ulang alik toilet..muntah.. Ya allah.. Sakit nyaaa sampai skrg terasa... Xtw nak gambarkan mcm mane perasaan malam td.. Sampai menangis dlm toilet.. Xtahan sakit.. Tu baru sikit..mcm mana dgn sakit org bersalin..dan juga sakit nak mati.. Ya allah.. Terima kasih kerana bg aku kesempatan utk.bernafas.. Untuk teruskan hidup.. Untuk terus bertaubat atas dosa2 yg lepas.. Aku bersyukur sgttt.. Alhamdulilahh :'(

http://www.youtube.com/watch?v=bHPGPb0ZpKI&feature=youtube_gdata_player

Monday, December 24, 2012

Petua Bahagia


Baca .. Baca 



Tgh Dok Usha2 blog org .. Aku terbaca petua2 ni kat salah satu blog  luvislam  namenya .. so , aku saje nak share ngan korg .. xsalah kan....

 Renung-renungkan dan selamat beramal ;)


63 Petua Bahagia Daripada Dr Fadzilah Kamsah


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
      (a) Mental, pendidikan dan ilmu
      (b) Emosi
      (c) Fizikal dan ekonomi
      (d) Sosial
      (e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
     (a) Pendapat atau pandangan
     (b) Hobi
     (c) Kegemaran
     (d) Makanan
     (e) Cita rasa
     (f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Monday, November 19, 2012

Remove

Saya Senyum ....


You Start ....


                      Let's ...............


i'll REMOVE you From My Heart !!!!!!!!!




DONE !!!



BYE ............

Friday, November 16, 2012

Salam MAAL Hijrah

Masih Ingat ??


Korang Mesti Selalu Nyanyi Lagu ni time kat sekolah dulu kan ??

Jom laaa nyanyi sesama .. eh ?? 



Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua

Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus

Oleh itu mari semua

Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman



Semoga tahun baru ini kita sentiasa berusaha untuk menjadi yg lebih baik dari sebelum ini.. mudah-mudahan .. insyaAllah . Amin :)

banyaknya Azam Baru Tahun ini... :)